fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan juara sulung Liga Super Wanita



SUBANG JAYA, 27 Januari- Pasukan Negeri Sembilan muncul sebagai juara sulung selepas menewaskan Footsouls dengan keputusan 1-0 pada pertemuan akhir malam tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu menyaksikan, Henrietta Justine muncul wira Negeri Sembilan apabila hantaran lintangnya menerjah gawang selepas gagal ditampan kemas penjaga gol lawan pada masa kecederaan.

Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kepada NSWFC.

Nur Ezza Ashikin, 18 tahun dinobatkan penjaga gol terbaik kejohanan selepas hanya dibolosi satu gol dalam pertandingan ini.

Nurul Nadia Roslan pula yang beraksi bersama Footsouls menerima trofi penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

Sementara itu, Henrietta Justine (jersi12) mendapat pengiktirafan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) berdasarkan sumbangannya merekodkan 7 gol dan menyumbang 6 bantuan gol sepanjang kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Selangor ini.

Media Baharu