fb fb fb fb fb

Nasib Messi belum diputuskan

Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 5 Jun- Keputusan sama ada Lionel Messi akan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Argentina menentang Chile dalam aksi kelayakan Piala Dunia, belum diputuskan.

Menurut jurulatih Argentina, Lionel Scaloni tahap kecergasan pemain itu masih dipantau.

"Saya sudah bercakap dengannya (Messi) baru-baru ini. Tetapi untuk perlawanan nanti, kami belum putuskan sama ada dia akan bermain atau pun tidak.

"Saya perlu bercakap dengannya terutama mengenai tahap kecergasannya. Kami perlu bercakap mengenai banyak benda.

"Tapi jelas sekali dalam situasi sekarang, kami boleh menggunakan pendekatan lain namun secara prinsipnya dia sudah bersedia untuk bermain," kata Scolani dalam sidang media.

Argentina yang sudah mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026 akan beraksi menentang Chile, esok dengan beberapa pemain tidak dapat diturunkan gara-gara kecederaan dan penggantungan.

Argentina kini mendahului kedudukan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2026 dengan 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

Sementara itu, Scolani turut menyatakan sokongan terhadap jurulatih baharu pasukan kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti.

Beliau yakin Ancelotti akan meningkatkan pasukan Brazil.

Bekas jurulatih Real Madrid itu akan membuat penampilan sulung esok apabila Brazil menentang Ecuador di Guayaquil.

Seterusnya akan menentang Paraguay, Rabu depan.-REUTERS

MOHAMAD KHAIRIE KHALID