fb fb fb fb fb

Naomi Osaka umum berpisah dengan jurulatih

Naomi Osaka bersama jurulatih, Patrick Mouratoglou/ Foto AFP

TOKYO, 28 Julai - Juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka mengumumkan bahawa beliau telah berpisah dengan jurulatih, Patrick Mouratoglou tidak sampai setahun bekerjasama.

"Merci Patrick, ia satu pengalaman yang hebat dapat belajar daripada anda," kata bekas pemain nombor satu dunia itu di platform X.

Bintang tenis dari Jepun itu mula bekerjasama dengan jurulatih dari Perancis tersebut yang terkenal sebagai jurulatih jangka panjang kepada juara Grand Slam 23 kali, Serena Williams pada September tahun lalu.

Osaka tidak beraksi sepanjang tahun 2023 selepas melahirkan anak perempuannya.

Sejak kembali ke arena profesional setahun lalu, dia bergelut untuk kekal konsisten dan kini berada di ranking ke-49 dunia.

Pada tahun ini, Osaka tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Perancis dan pusingan ketiga kejohanan Wimbledon. -AFP

MASNIZA AWANG KECHIK