RAWANG, 31 Julai - Pemain Thailand, Namo Luangnitikul dari Thailand muncul juara Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia ke-39 di Kelab Gof Templer Park apabila mencatat 212 pukulan selepas tiga pusingan.
Pada pusingan ketiga hari ini, pemain berusia 16 tahun itu melakukan 74 pukulan, dengan tiga bogey dan hanya satu birdie dilakar di lubang ke14.
Sementara itu, pendahulu pusingan pertama, Foong Zi Yu, terpaksa akur apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua.
Wakil tuan rumah itu berjaya membenam tiga bogey pada aksi hari ini namun empat bogey memaksanya berpuas hati dengan catatan 216 pukulan, empat pukulan di belakang Luangnitikul.
Sementara itu, di kedudukan ketiga dengan 217 pukulan keseluruhan, Elain Widjaja yang berjaya memperbaiki pukulannya dari pusingan sebelum itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir menutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kejohanan anjuran Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) edisi ke-39 itu menyaksikan penyertaan 80 pemain dari lapan negara ASEAN serta tujuh lagi negara Asia-Pasifik.
Menerusi penarafan C dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) oleh R&A, kejohanan tersebut diiktiraf sebagai kejohanan golf amatur wanita tertinggi di Malaysia.