BARCELONA, 16 April- Bintang tenis, Rafael Nadal menyifatkan aksi di Terbuka Barcelona sebagai "hadiah" buat beliau dengan menyatakan mahu menikmati setiap detik tahun terakhir dalam kariernya.
Walaupun melihat 2024 sebagai tahun terakhir sebagai pemain profesional, veteran itu tidak menetapkan sebarang tarikh akhir untuk bersara.
Nadal, yang terlepas hampir keseluruhan musim 2023, akan menentang pemain Itali, Flavio Cobolli dalam pusingan pertama di gelanggang tengah di sini, hari ini.
Pemenang Grand Slam 22 kali itu tidak bermain dalam perlawanan Jelajah ATP sejak Januari lalu selepas kecederaan pinggul kembali menghantuinya di Brisbane International.
Pemain berusia 37 tahun itu menarik diri daripada Monte Carlo Masters pada awal April dan berharap untuk bersaing di Roland Garros pada Mei, di mana dia merekodkan kejuaraan kali ke-14. -AFP