ISTANBUL, 15 April - Kelab Super Lig Turkiye, Besiktas dilaporkan telah memecat bekas jurulatih Portugal, Fernando Santos, kata kelab berkenaan pada Sabtu.
Santos, yang dilantik bagi mengemudi kelab berkenaan pada awal tahun ini meninggalkan Besiktas yang pernah menjuarai Super lig sebanyak 16 kali di kedudukan keempat dengan memperolehi 48 mata ketinggalan 36 mata di belakang pendahulu, Galatasaray.
Besiktas turut tewas dalam kelima-lima perlawanan terakhirnya setakat ini.
Santos pernah memenangi Kejuaraan Eropah pada 2016 ketika bersama-sama dengan Portugal dan mengemudi pasukan kebangsaan negara itu bagi tempoh 2014 sehingga 2022 sebelum meletakkan jawatannya selepas tersingkir pada pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.
Pada Januari 2023, Santos dilantik sebagai Pengurus skuad kebangsaan Poland sebelum meletakkan jawatan ekoran kekalahan Poland kepada Albania pada pusingan kelayakan Euro 2024 yang menyaksikan negara itu bergelut untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij itu.-REUTERS