fb fb fb fb fb

Nadal dinobat Legenda AS, pengiktirafan tertinggi sukan AS

Foto REUTERS

MADRID, 2 Disember – Rafael Nadal menerima penghormatan atas karier gemilangnya apabila legenda tenis Sepanyol itu dianugerahkan Anugerah Legenda AS pada Majlis Anugerah Sukan AS.

Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian Nadal yang merangkul 22 kejuaraan Grand Slam sepanjang kerjayanya dalam sukan tenis profesional.

Majlis tahunan anjuran penerbitan sukan terkemuka Sepanyol, AS, turut menyaksikan kehadiran ramai bintang sukan terkemuka dunia.

Turut menerima anugerah pada malam itu ialah juara dunia MotoGP tujuh kali, Marc Marquez; pemenang perlumbaan Indy 500, Alex Palou; serta bekas dan pemain bola sepak semasa seperti Raphael Varane, Jesus Navas, Fernando Torres dan Raul yang menerima Anugerah Pencapaian Kerjaya.

Dalam pada itu, juara badminton Sukan Olimpik Rio 2016, Carolina Marin, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sukan Dalam Aspek Positif atas sumbangan dan nilai positif yang dibawanya dalam arena sukan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN