fb fb fb fb fb

Muhammad Fareez kekal rekod tanpa kalah

Pemain Badminton Para Negara, Muhammad Fareez Anuar

PARIS, 1 September - Usaha kontijen negara dalam memburu pingat emas pada hari ke-3 semakin memberikan sinar apabila skuad badminton para negara sekali lagi membuktikan prestasi cemerlang.

Saingan yang berlangsung di arena Porte De La Chapelle menyaksikan atlet badminton perseorangan para lelaki negara Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di temasya sukan terbesar dunia itu.

Atlet berusia 28 tahun itu menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B bagi kategori SU5.

Bagaimanapun Belie terpaksa berkerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21, sebelum berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan dan akan berdepan pemain Indonesia Surio Nugroho.

Manakala jaguh badminton para lelaki negara Cheah Lie Hou meneruskan rentak kemenangan apabila dengan mudah menumpaskan Surio Nugroho.

Beliau berjaya menumpaskan pemain lawan dengan mata 21-10 dan 21-13.

Liek Hou akan berdepan pemain ketiga terbaik dunia Dheva Anrimusthi dari Indonesia di peringkat separuh akhir.

Beralih ke venue South Paris Arena 1 pula menyaksikan atlet Bocia Individu wanita negara Noor Askuzaimey Mat Salim meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya menumpaskan pemain Greece, Chrysi Morfi Metzou.

Beliau meraih kemenangan mudah dengan mata 7-0.

TETITIA YUSOFF