fb fb fb fb fb

MU jual Harry Maguire, sedia terima tawaran lebih rendah

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire

MANCHESTER, 14 Oktober- Manchester United dilapor sedia terima tawaran lebih rendah untuk melepaskan pemain pertahanan, Harry Maguire pada tempoh perpindahan Januari depan.

Pemain berusia 31 tahun itu memasuki baki sembilan bulan dalam kontraknya di Old Trafford.

Menurut media tempatan, pihak pengurusan kelab sedia menjual Maguire dengan harga £10 juta pound.

Ia jauh lebih rendah berbanding nilainya pada 2023 iaitu £30 juta pound.

United mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak pertahanan skuad England itu setahun lagi.

Namun, kedudukan Maguire di dalam skuad semakin terancam selepas United menandatangani Matthijs de Ligt dari Bayern Munich.

Musim ini dia memulakan tiga daripada tujuh perlawanan pertama Man United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM