fb fb fb fb fb

MSSD Pendang johan rentas desa

Foto RTM

LANGKAWI 19 April-Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pendang dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi Kejohanan Merentas Desa Majis Sukan Sekolah Kedah 2025.

Majlis yang berlangsung pagi tadi di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah itu berjaya menarik seramai 300 pelajar dari semua daerah di Kedah.

Naib johan dirangkul oleh MSSD Kota Setar manakala tempat ketiga dimiliki oleh MSSD Kuala Muda.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Mahadhir Ismail.

Mahadhir dalam ucapan perasmian penutup berkata, kejohanan itu merupakan antara platform yang memberi peluang kepada semua peserta untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan kecemerlangan mereka dalam bidang sukan.

Tambah beliau, acara merentas desa bukan sekadar satu perlumbaan, tetapi simbol ketabahan dan keazaman, seperti dalam pendidikan, kejayaan memerlukan usaha berterusan, disiplin serta semangat tidak berputus asa.

Selain acara penutupan kejohanan turut dilancarkan Takwim Kejohanan 2025 Majlis Sukan Sekolah Kedah.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Mohamad Fisol Mohd Salleh.

Kejohanan berkenaan terbahagi kepada 3 kategori utama lelaki dan perempuan iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD