fb fb fb fb fb

MSN, ISN sedia bantu Zii Jia

Pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia/foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 JULAI - Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah menghubungi pasukan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, bagi menawarkan sokongan termasuk dalam aspek kesihatan mental.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, perbincangan masih diteruskan dan pihak MSN serta ISN sentiasa bersedia memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Zii Jia apabila beliau bersedia untuk berkomunikasi.

"Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah dihubungi pasukan Lee Zii Jia. Saya tahu mereka masih dalam proses menghubungi untuk berbincang, tetapi pihak MSN dan ISN sentiasa bersedia seperti biasa untuk memberikan sokongan.

"Semua atlet kita sentiasa mendapat sokongan kesihatan mental daripada pakar psikologi di Institut Sukan Negara, dan kami sedia memberikan bantuan sekiranya Lee Zii Jia memerlukannya.

"Saya tahu Lee Zii Jia juga mempunyai akses kepada atlet-atlet senior yang lain serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Jadi, Kementerian Belia dan Sukan memang sentiasa bersedia untuk membantu Zii Jia sebaik mungkin apabila beliau sudah bersedia untuk berbincang dengan pihak kami," katanya pada sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di sini, hari ini.

Jelas Hannah, semua tawaran dan sokongan daripada ISN bukan sahaja diberikan kepada atlet Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tetapi juga kepada atlet profesional lain, di mana perkhidmatan yang sama turut disediakan kepada mereka.

Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah menghubungi pasukan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, bagi menawarkan sokongan termasuk dalam aspek kesihatan mental.

AZRUL FAIZAL JUSOH