fb fb fb fb fb

MPLMY Ke-15, SRG.OG kekal pendahulu carta

SRG.OG selepas kemenangan bergaya mereka ke atas HB

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Perlumbaan menuju ke playoffs Liga Profesional MPL MY memasuki fasa akhir menyaksikan baki 3 slot menjadi perebutan empat penjuru antara AERO Esports (AERO), Team Vamos (VMS), DX Soul (DXS) dan Todak (TDK)

Monster Vicious (MV) menjadi satu-satunya pasukan di minggu kelima yang berjaya tempah slot ke playoffs. Ini susulan kejayaan mereka meraih kemenangan 2-0, ke atas Ocean Black (OB) dan Team Rey (TR).

Dengan kekalahan ke atas MV, OB kini sah diturunkan ke Liga Akademi (MAL MY), mereka kekal dengan rekod kekalahan berpanjangan dan tiada satu pun kemenangan dicatatkan sepanjang musim selepas tujuh perlawanan dimainkan.

Minggu Kelima memperlihatkan pertembungan antara dua gergasi liga iaitu Sang Burung Hantu, Homebois (HB) dan Gergasi Merah, Selangor Red Giants OG Esports (SRG).

Kedua-dua pasukan sudah berjaya menempah slot ke playoffs pada minggu keempat dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Pertembungan mereka adalah penantian sekian lama buat peminat namun SRG mendominasi ke atas HB memenangi kedua-dua perlawanan.

SRG tampil yakin dan gah di kedudukan teratas liga dengan 20 mata, sama dengan HB namun mendahului dengan mata agregat sebanyak 13 mata. MV memintas AERO ke tempat ketiga dengan 15 mata selepas minggu Kelima.

Playoffs ini menawarkan tiket untuk dua pasukan teratas liga yang akan membawa cabaran negara di kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup (EWC) 2025 di Riyadh, Arab Saudi dengan hadiah terkumpul AS$ 3,000,000.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI