fb fb fb fb fb

MPFL 2022: Selangor MAC rampas status pendahulu, tewaskan KL City 5-3


SHAH ALAM, 17 Februari-
Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2022 menyaksikan Selangor MAC merampas kedudukan sebagai pendahulu liga selepas membenam KL City FC 5-3 dalam aksi di Kompleks Sukan Negara Shah Alam semalam.

Semua lima gol Selangor MAC dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Matheus Vasconcelos Silva, Azamuddin Hasan, Ekmal Shahrin, Fariq Mohammad dan Faris Johan.

Namun, KL City berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringanK. Dinesh Kumar, dan dua gol daripada Akram Mukhriz Muhamadiah.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor MAC mendahului liga dengan 21 mata selepas lapan perlawanan, dua mata mengatasi pencabar terdekat, Negeri Sembilan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan PDRM FC membelasah Perak, 6-1.

Gol PDRM dihasilkan menerusi hatrik Afif Najmi Izwan dan satu gol hasil sepakan Suhaimi Abdul Jabar, Dzohrill Hafeeq Ismawi dan Ahmad Shafeez Ibrahim.

Perak pula mendapat gol saguhati menerusi Nur Faisal Kamaruden.

Media Baharu