fb fb fb fb fb

Skuad lelaki catat kemenangan pertama BATC 2022



SHAH ALAM, 17 Januari - Skuad lelaki negara mencatat kemenangan pertama pada Kejuaraan Badminton Bepasukan Asia (BATC) 2022 selepas menang 5-0 ke atas Singapura pada aksi Kumpulan B.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia memberi mata pertama apabila menundukkan bintang sensasi Singapura, Loh Kean Yew.

Pemain kelahiran Kedah itu beraksi dengan cemerlang untuk menguasai permainan dengan kemenangan 21-6 ,21-14.

Momentum cemerlang itu kemudian diteruskan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke atas Danny Chrisnanta-Koh Eng Keat.

Aaron-Wooi Yik menang 21-14, 21-12, sekali gus memastikan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong muncul wira apabila menghadiahkan mata ketiga.

Tze Yong bagaimanapun dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan lawannya, Jason Teh dalam pertarungan sengit 3 set 17-21, 24-22 dan 21-19.

Aksi pemain beregu Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan perseorangan ketiga, Leong Jun Hao pula lebih sebagai pelengkap perlawanan selepas Malaysia telah pun disahkan sebagai pemenang.

Selepas ini skuad lelaki negara dijadual bertemu Kazakhstan pada aksi kedua.

 

Media Baharu