fb fb fb fb fb

MPC wakil negara paling menyerlah di LTDL 2024

Pengarah Sukan MPC, Sayuti Zahit

BINTULU, 7 Oktober- Prestasi cemerlang Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) pada jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 wajar diberikan pujian apabila mendapat gelaran pasukan ketiga terbaik Asia. 

Kejayaan itu banyak digalas Ahmad Syazrin Awang Ilah yang mengisi tempat pelumba pecut, Izzat Hilmi Abdul Halil selepas disingkirkan pada perlumbaan peringkat keempat.

"itu buatkan saya kagum sedikit kita tidak letakkan harapan tinggi untuk mereka tapi contohnya ketiadaan Izzat Hilmi tapi kita dibantu oleh black ataupun Ahmad Shazrin walaupun tak dapat 10 terbaik,15 terbaik tapi dia cuba untuk malaysia, kemudian peringkat keenam terbaik" kata Pengarah Sukan MPC, Sayuti Zahit.

Dalam pada itu Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Zariff muncul pelumba terbaik negara untuk saingan kali ini.

Aiman bergelar ‘most combative rider’ pada peringkat ketujuh tetap berbangga,walaupun gagal mencapai sasaran menguasai jersi putih selaku pelumba terbaik Asia. 

"macam Aiman first malaysia rider Ini dalam keseluruhan ini Aiman mula-mula sasar untuk Asia je so bila Aiman dah dapat untuk asia sudah pasti Aiman akan the best la untuk malaysia rider ni.jadi tahun ini Aiman sekali je dpt podium pada peringkat ketujuh"
 
Seorang lagi pelumba TSG, Muhammad Nur Aiman Rosli juga sempat mencuri tumpuan pada dua perlumbaan awal apabila menguasai perebutan pelumba terbaik Asia.  

Dalam pada itu, rentak skuad berbasikal kebangsaan terganggu selepas kehilangan khidmat kapten pasukan, Mohd. Elmi Jumari yang terlibat kemalangan. 

Pasukan itu juga beraksi dengan empat pelumba selepas Abdul Azim Aliyas tersingkir pada peringkat ketiga. 

Bagaimanapun jurulatih, Mohd Yusof Nasir tetap berbangga pelumbanya berjaya berikan cabaran hingga tamat saingan.

"saya dah bagitahu rider-rider saya supaya kita dapat menghabiskan dalam 4 rider tu menghabiskan semua stage dan melakukan yang terbaik untuk negara,tapi saya sangat berbangga dengan mereka terutama afiq huznie sebagai kapten dapat bantu pelumba lain muhsin misbah,yusri shaari untuk menghabiskan perlumbaan"

Juara keseluruhan musim ini dimenangi Max Poole daripada pasukan DSM Fermenich PostNL.

Manakala gelaran raja pecut menjadi milik Matteo Malucelli daripada JCL team Ukyo.

Manakala Mario Aparicio Munoz daripada pasukan Burgos-BH berjaya mengekalkan gelaran raja bukit yang dimenangi pada peringkat ke-4 sehingga tamat saingan.

Trainee2