LE MANS, 1605- Pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini mencatat kemenangan ketiga musim ini selepas mengungguli perlumbaan Grand Prix Perancis.
Sementara tu, juara dunia dari Yamaha, Fabio Quartararo pula hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat di hadapan peminat sendiri.
Pada saingan di Litar Bugatti, Le Mans (Le Mon) itu, Bastianini mengatasi pencabar terdekatnya dari pasukan Ducati, Jack Miller dengan perbezaan lebih 2 saat.
Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.
(Enea Bastianini beraksi cemerlang bersama jenteranya mewakili Gresini Racing)
Kemenangan itu sekaligus menambah koleksi kejayaannya musim ini selepas memenangi GP Amerika dan Qatar.
Pelumba Itali berusia 25 tahun tersebut bermula di petak kelima dan mula memimpin perlumbaan ketika pusingan ke-21.
Sementara itu, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang bermula di petak hadapan pula gagal menamatkan cabaran selepas terbabas.
Kejuaraan MotoGP musim ini masih didominasi Quartararo yang mendahului 4 mata ke atas Espargaro diikuti Bastianini di tangga ketiga dengan 8 mata di belakang. -AFP