fb fb fb fb fb

MOM komited kukuhkan hubungan bilateral dengan IOC

Foto FB MOM

KUALA LUMPUR, 9 November- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) komited untuk mengukuhkan hubungan bilateral dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Ia bagi usaha meningkatkan lagi pergerakan Olimpik di negara.

Perkara itu disampaikan oleh Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada Presiden IOC, Thomas Bach pada kunjungan rasmi pertamanya ke Rumah Olimpik di Lausanne, Switzerland.

Beliau diiringi Penolong Setiausaha Agung MOM, Moira Tan Siew See dan Pengurus Besar MOM, Fong Wan Hor.

Menurut perkongsian Facebook MOM, Tan Sri Norza antara lain turut memaklumkan IOC mengenai inisiatif baharu MOM untuk pergerakan Olimpik seperti penganjuran Karnival Olimpik pada Jun mulai 2018.

Beliau turut berkongsi mengenai cadangan pembinaan bangunan Olimpik baharu, yang merupakan bangunan mesra alam dan pintar dengan seni bina lestari di Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Tan Sri Norza turut mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran dua temasya Olimpik iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2022 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di bawah kepimpinan Bach, ketika pandemik COVID-19 sedang memuncak.


(Foto FB MOM)

Media Baharu