fb fb fb fb fb

Mitrovic kembali perkukuh Al-Hilal

Aleksandar Mitrovic dari Al-Hilal masuk sebagai pemain gantian menggantikan Marcos Leonardo / Foto REUTERS

JEDDAH, 8 Mac- Penyerang Al-Hilal Aleksandar Mitrovic meraikan kepulangannya ke padang dengan menjaringkan satu gol ketika menang 2-0 ke atas Al-Fayha dalam aksi Liga Pro Saudi pada Jumaat.

Penyerang Serbia itu, yang mengalami kecederaan dalam kekalahan menentang Al-Ittihad pada suku akhir Piala Saudi pada Januari, menjaringkan gol ke-13 dalam 14 perlawanan Liga Pro Saudi musim ini.

Pada perlawanan tersebut, Mohamed Kanno membuka jaringan awal untuk pasukan bimbingan Jorge Jesus, sebelum Mitrovic mengesahkan kemenangan Al-Hilal dengan rembatan jarak dekat pada minit ke-89.

"Ia adalah tempoh dua setengah bulan yang sukar bagi saya, mengalami masalah hamstring, kecederaan... selepas kecederaan," kata Mitrovic kepada SSC Sports.

"Saya bekerja keras untuk kembali... saya boleh membantu rakan sepasukan... gembira dengan jaringan ini," tambah pemain berusia 30 tahun itu.

Al-Hilal, yang berada di tempat kedua dengan 54 mata, merapatkan jurang kepada empat mata dengan pendahulu liga, Al-Ittihad, yang hanya mampu seri 1-1 menentang Al-Qadsiah pada Khamis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD