fb fb fb fb fb

Mika Junco jadi mangsa ragut

Tangkap layar paparan Instagram Story Mika Junco yang menunjukkan kecederaan ringan yang dialaminya dan turut kehilangan rantai emas

SEREMBAN, 1 Julai- Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur, kelmarin.

NSFC menerusi satu kenyataan malam tadi memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

"Dengan penuh rasa kesal, pihak kelab ingin mengesahkan bahawa pemain Negeri Sembilan FC, Mika telah menjadi mangsa ragut, malam semalam seperti yang dilaporkan.

“Insiden berkenaan mengakibatkan Junco kerugian harta benda, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat,” menurut kenyataan itu.

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar ini,"kata NSFC.

Terdahulu, insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol itu menerusi Instagram Story dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher selain turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE