(Pasukan pilihan KPT Uniten Thunder terpaksa bekerja keras mencari penyudah sebelum berjaya
menundukkan CS Hockey Team 2-0 dalam perlawanan petang Rabu/FOTO Arena Hoki Malaysia)
KUALA LUMPUR, 16 Februari - Pasukan KPT-UNITEN Thunder mencatat kemenangan pertama selepas mengatasi CS Hockey Team 2-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.
Perlawanan jelas dikuasai KPT-UNITEN Thunder apabila membuat serangan demi serangan seawal perlawanan bermula.
Gol pertama KPT-UNITEN Thunder dijaringkan Rabiatul Adarwiyah Azhar pada suku kedua menerusi gol padang.
Manakala jaringan kedua hadir pada suku keempat permainan menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad yang berpunca dari pukulan sudut penalti.
Jurulatih KPT Uniten Thunder, Izzwan Mohamed Salleh berkata, menerusi pelawanan hari ini banyak perlu di perbaiki bagi memastikan pasukan mendapat mata pada perlawanan akan datang.
(Pasukan pilihan KPT Uniten Thunder terpaksa bekerja keras mencari penyudah sebelum berjaya
menundukkan CS Hockey Team 2-0 dalam perlawanan petang Rabu/FOTO Arena Hoki Malaysia)