fb fb fb fb fb

MFL optimis Liga M musim depan, tiada masalah kewangan

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan / BERNAMA

KELANA JAYA, 30 Mei- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) optimis saingan Liga Super musim 2025/2026 akan berlangsung dengan lancar tanpa gangguan kewangan.

Ini berikutan pelaksanaan sistem Financial Fair Play (FFP) yang telah diperketat dan diperkemas.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, berkata bahawa langkah memperkenalkan sistem pemantauan kewangan masa nyata menerusi FFP bakal membawa perubahan besar dalam menilai kelayakan pasukan dari aspek kewangan.

"Tapi kita akan kawal itu nama FFP. Itu yang akan mengawal kita tak kawal lagi macam dulu macam 6 bulan sekarang jadi 3 bulan dan kalau ada kita MFL telah memberi software untuk FFP bila sampai hadnya dia akan blok benda itu. Ini adalah FFP.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Bersama Persatuan Bola Sepak Negeri dan Perjumpaan bersama Kelab Bola Sepak di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan sistem FFP yang baharu membolehkan pemantauan kewangan dilakukan secara berterusan dan dalam masa nyata, sekali gus menggantikan kaedah pemantauan secara berkala yang digunakan sebelum ini.

Berhubung pengambilan 15 pemain import dalam satu pasukan yang berpotensi menjejaskan kestabilan kewangan kelab, beliau memaklumkan pemantauan akan dibuat mengikut tahap kemampuan kewangan sebenar setiap pasukan.

Musim 2025/2026 menyaksikan perubahan ketara dalam landskap Liga Malaysia apabila peraturan FFP dilaksanakan sepenuhnya, dengan menetapkan had perbelanjaan gaji pemain kepada tidak melebihi 80 peratus daripada jumlah bajet tahunan sesebuah kelab.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID