fb fb fb fb fb

MFL buka semula permohonan lesen luar biasa

FOTO FB malaysianfootballleague

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Permohonan lesen luar biasa dibuka semula kepada semua kelab Liga Bola Sepak Amatur M3, untuk mendapatkan lesen menyertai Liga Super 2024-2025

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan, hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan boleh mengisi slot ke musim baharu.

Tawaran dibuka susulan permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam musim baharu Liga Super, ditolak.

Jelas MFL, ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

Kelab yang berminat, perlu kemuka permohonan pada 18 Januari.

Proses penyerahan semua dokumen menerusi sistem pentadbiran lesen kelab AFC, akan bermula 19 Januari hingga 2 Februari.

Keputusan dibuat selepas kegagalan skuad The Red Warriors melengkapkan dua kriteria kewangan ditetapkan, sebelum tarikh akhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD