fb fb fb fb fb

Messi sertai Inter Miami

(FOTO AFP)

BARCELONA, 8 Jun-Lionel Messi pada Rabu mengumumkan bakal menyertai dan menandatangani perjanjian dengan pasukan Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MSL) sekali gus memilih negara 'Uncle Sam' itu sebagai destinasi terbaharunya.

Pengumumamn itu menamatkan spekulasi bahawa bintang Argentina itu akan kembali bergabung dengan bekas kelabnya, Barcelona selain perjanjian mega untuk bermain di Arab Saudi.

MLS dan Inter Miami mengesahkan berita berkenaan menerusi sosial media walaupun masih terdapat perkara-perkara yang masih tertangguh dalam menjadikan perjanjian tersebut sebagai rasmi.

"Saya mengambil keputusan untuk ke Miami.Saya telah mengambil keputusan untuk menyambung karier di sana", kata Messi kepada surat khabar Sepanyol, Dario Sport dan Mundo Deportivo.

Menurut Messi, menyertai Miami bakal memberikannya perspektif berbeza tentang pengalaman dan kehidupan baharu.

"Selepas memenangi Piala Dunia dan tidak ke Barcelona, ini adalah masa untuk ke MLS untuk bermain bola sepak pada tahap yang lain dan menikmati hari-hari saya.

"Sudah tentu, tanggungjawab untuk menang adalah sama tetapi dengan perasaan yang lebih tenang", kata Messi.

Peminat bola sepak dunia teruja menanti keputusan Messi selepas bekas kelabnya, PSG mengumumkan pada minggu ini, Messi telah meninggalkan kelab berkenaan.

"Sekiranya ia berkaitan dengan wang, saya sudah tentu ke Arab Saudi atau kemana-mana sahaja.

"Realitinya, keputusan ini bukanlah disebabkan faktor wang", kata Messi.

Inter Miami yang dipunyai oleh bekas pemain England, David Beckham baru-baru ini memecat jurulatih Phil Naville minggu lalu selepas pasukan itu terperosok ditangga terbawah Konferensi Timur.

Pemain Argentina berusia 35 tahun itu sebelum ini menghabiskan dua musim di Paris Saint germain (PSG) bermain pada perlawanan terakhir pada Sabtu selepas meninggalkan Barcelona pada 2021 di mana dia menghabiskan separuh kariernya.-AFP


(Mural Lionel Messi di Miami/FOTO AFP)

Media Baharu