fb fb fb fb fb

E-sukan Melaka cari bakat baharu

FOTO FAIL

MELAKA, 22 Oktober - Program turun padang bagi mencari bakat baharu dalam bidang e-sukan di peringkat sekolah, di negeri itu akan dilaksanakan.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Datuk V.P Shanmugam berkata, program itu dijangka dilakukan bermula tahun hadapan.

Jelasnya, melalui program itu atlet-atlet e-sukan Melaka akan dibawa ke sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri e-sukan.

Langkah seterusnya pihaknya akan mengadakan kejohanan sukan itu ke peringkat sekolah.

"Tetapi kali ini saya fikir tahun hadapan kita akan bawa ke sekolah-sekolah supaya kita akan anjurkan pertandingan di bangku sekolah, bermakna apabila kita menganjurkan pertandingan di sekolah maka kita dapat mencari bakat baharu yang boleh bantu kerajaan negeri dan boleh bantu diri mereka sendiri untuk serlahkan sukan ini," kata V.P Shanmugam, di sini.

Ketika ini katanya, Melaka mempunyai beberapa atlet e-sukan yang menyumbang kemenangan dalam pelbagai kejohanan termasuk di Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak lalu.

TETITIA YUSOFF