MADRID, 1 November - Penyerang sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe, menerima Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak LaLiga 2024/2025, pada satu majlis yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu.
Dalam ucapannya, Mbappe menzahirkan penghargaan kepada rakan sepasukan, kelab serta penyokong, sambil menegaskan kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa sokongan mereka.
Mbappe menjaringkan 31 gol dalam 34 perlawanan sepanjang musim lalu, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang paling prolifik di Eropah.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh European Sports Media (ESM), dan Mbappe menjadi pemain ketiga Real Madrid menerima pengiktirafan berkenaan selepas dua legenda kelab, Cristiano Ronaldo dan Hugo Sanchez.-REUTERS