fb fb fb fb fb

Mbappe sertai Real Madrid pada penghujung musim

Pemain PSG, Kylian Mbappe / Foto Reuters

PARIS, 4 Februari - Ketua pasukan Perancis, Kaylian Mbappe bakal menyertai gergasi La Liga, Real Madrid sebaik sahaja kontraknya bersama Paris Saint Germain (PSG) tamat pada penghujung musim ini, lapor Le Parisien dan ESPN pada Sabtu.

Tahun lalu Mbappe dilaporkan berkata tidak akan memperbaharui kontraknya bersama PSG dan akan tamat pada penghujung kempen 2023-24.

Penamatan kontrak berkenaan membolehkan Mbappe berpindah ke kelab lain secara perpindahan percuma.

Memetik sumber akhbar Perancis, Le Parisien dan ESPN, penyerang berusia 25 tahun itu akan membuat pengumuman perjanjian pra-kontrak bersama kelab juara Eropah 14 kali itu pada minggu hadapan.

Pada September tahun lalu, media melaporkan Mbappe bersetuju bagi melepaskan bonus kesetiaan yang bernilai hampir 100 juta Euro bagi membolehkannya meninggalkan PSG sebagai ejen bebas.

Mbappe sebelum ini hangat dikaitkan untuk berpindah ke Real Madrid pada 2022 namun mengubah fikiran bagi menyambung kontrak bersama PSG seminggu sebelum jandela perpindahan pemain ditutup.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD