fb fb fb fb fb

Mbappe selamatkan Perancis, seri 1-1 dengan Austria

(Foto AFP)

VIENNA,11 Jun- Bintang Perancis, Kylian Mbappe muncul sebagai penyelamat selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan seri 1-1 menentang Austria dalam aksi Liga Negara-Negara di Vienna awal pagi tadi.

Austria mencetak gol pembukaan seawal minit ke-36 yang dijaringkan Andreas Weimann menerusi gerakan Konrad Laimer.

Mbappe yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua permainan menggantikan Antoine Griezmann meledak gol pada minit ke-83 di Stadium Ernst-Happel.

"Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kami perlu sentiasa berbangga dan cuba untuk memperbaikinya.

"Tidak, tetapi jika jurulatih memerlukan saya, saya akan bersedia. Hanya satu perlawanan lagi sebelum cuti jadi saya boleh memaksa sedikit," kata Mbappe yang mengakui masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ketika menentang Denmark.

Perancis akan bermain perlawanan terakhir pada rehat perlawanan antarabangsa kali ini di laman sendiri menentang Croatia pada Isnin sebelum kempen peringkat kumpulan bersambung pada September.

Skuad The Blues kini di tangga tercorot Kumpulan A1 pada dua mata selepas tewas 2-1 kepada Denmark dan seri 1-1 di Croatia.

Denmark kekal di tangga teratas walaupun tewas 1-0 kepada Croatia di Copenhagen, dengan Mario Pasalic meledak gol tunggal permainan.- AFP


(Penyerang Perancis, Kylian Mbappe berjaya menyamakan kedudukan 1-1 berdepan Austria dalam saingan Liga Negara-Negara/AFP)

Media Baharu