fb fb fb fb fb

Max Poole juara keseluruhan LTdL 2024

Pelumba Pasukan Team DSM–Firmenich PostNL, David Max Poole (dua, kiri) memenangi jersi Pendahulu Keseluruhan, manakala pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn (kiri) memenangi jersi Raja Pecut

CAMERON HIGHLANDS, 6 Oktober- Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 secara rasmi melabuhkan tirai dengan kesemua jersi utama dimenangi muka baharu. 

Pelumba DSM-Fermenich PostNL, Max Poole mengesahkan jersi hijau selaku juara keseluruhan meskipun sekadar menamatkan saingan terakhir di loop Bintulu pada kedudukan ke-33. 

Poole merampas jersi berkenaan daripada Gleb Syritsa selepas perlumbaan peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highlands.

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan masa depan, saya hanya mahu raikan kejayaan muncul juara. Selain itu menyertai lebih banyak perlumbaan.

"Saya harap mempunyai masa depan yang baik dalam perlumbaan peringkat," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, perlumbaan sejauh 147.5 kilometer di Sarawak cukup bermakna buat Pelumba JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli. 

Kejayaan menamatkan saingan pada kedudukan pertama membolehkan beliau merampas jersi oren selaku raja pecut yang dikuasai pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn sejak perlumbaan keenam. 

Pelumba Burgos-BH, Mario Aparicio Munoz pula seperti dijangka dinobatkan sebagai pemilik jersi polka dot selaku raja bukit. 

Sementara itu, pasukan JCL Team Ukyo merangkul kejuaraan berganda iaitu bergelar pasukan terbaik Asia selain wakilnya Manabu Ishibashi dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia. 

Pasukan Malaysia juga tidak menghampakan menerusi kejayaan Malaysia Pro Cycling (MPC) bergelar pasukan ketiga terbaik Asia. 

Manakala Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohamad Nor Aiman Zariff muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI