fb fb fb fb fb

JRC 2024, pentas pendedahan untuk pelapis muda

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 6 Oktober- Karnival Ragbi Johor (JRC) 2024 berjaya menjadi pentas pendedahan bakat akar umbi dalam kejohanan berintensiti tinggi.

Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata kesemua 104 sekolah menunjukkan aksi terbaik dalam edisi ke-12 JRC, yang turut disertai pasukan luar negara.

Karnival Ragbi Johor ini sudah menjadi sebuah jenama, ia merupakan kejohanan yang besar. Karnival ini memberi ruang kepada anak-anak yang datang bawah 11 tahun untuk menyertai kejohanan yang cukup berprestij ini."

"Ini salah satu motivasi untuk mereka terus mengembangkan bakat bukan sahaja dalam bidang sukan, malah juga pelajaran," kata Datuk Mohd Noorazam kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk meneruskan JRC, dengan lebih banyak penyertaan pasukan antarabangsa dari rantau Asia.

Dalam aksi akhir JRC 2024, kategori lelaki bawah 16 tahun dimenangi oleh Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Tsunami Junior.

Pasukan itu berjaya menewaskan penyandang juara, Maktab Sultan Abu Bakar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM