fb fb fb fb fb

Mat Yo beri bayangan akan kembali bermain di Liga Super musim hadapan

PETALING JAYA, 28 Januari - Menjelang Liga Malaysia musim ini, bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan nama Mat Yo memberi bayangan bakal bersama salah satu pasukan dalam Liga Super tahun hadapan.

Namun, beliau enggan mendedahkan perkara tersebut secara terperinci kerana semuanya masih di peringkat perbincangan.

"Memang ada satu pasukan ini cuma saya dapat tawaran cuma saya masih lagi menunggu tawaran daripada pihak mereka untuk menandatangani kontrak untuk musim baru. Insya-Allah Liga Super," kata Mat Yo kepada RTM pada majlis penyerahan sumbangan perlawanan bola sepak amal Malaysia, Japan All Star kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf).

Mengikut perancangan Liga Bola Sepak Malaysia, saingan Liga Super 2022 dijadualkan bermula pada 4 Mac manakala perlawanan pertama Liga Premier bakal diadakan mulai 5 Mac.

Pemain berpengalaman itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Sarawak United pada tahun sebelumnya, selain pernah melebarkan kariernya bersama pasukan antarabangsa, BG Pathum United.

 

Media Baharu