KUALA LUMPUR, 21 Mei -Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao gagal melangkah ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen dalam pusingan kelayakan Kejohanan badminton Malaysia Master 2025.
Pemain berusia 25 tahun itu menunjukkan semangat juang tinggi, namun gagal mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang tiga set permainan.
Nhat Nguyen terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan apabila perlawanan berlarutan hingga ke set penentuan.
Jun Hao bermula cemerlang dengan kemenangan mudah 21-10 di set pertama. Namun, pemain Ireland bangkit dengan permainan lebih agresif pada set kedua untuk menyamakan kedudukan 21-18.
Set penentuan menyaksikan Nhat Nguyen lebih konsisten, sekali gus menoktahkan kemaraan dengan keputusan 21-9.
Dalam satu lagi aksi, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chen Wen Tse turut gagal ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada pasangan pilihan ketujuh dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.
Pasangan negara tidak mampu menyaingi ketangkasan lawan yang hanya memerlukan 42 minit untuk menang straight set, 22-20 dan 21-15. Kemenangan itu membolehkan pasangan China mara ke peringkat seterusnya esok.