fb fb fb fb fb

Masters Indonesia: Lee Zii Jia tarik diri akibat keracunan makanan

Pemain Profesional negara, Lee Zii Jia /Foto BERNAMA

JAKARTA, 28 Januari -Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir di Istora Senayan, Jakarta, akibat keracunan makanan.

Pemain nombor 10 dunia itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan permainan di set kedua bertemu wakil Kanada Brian Yang selepas tewas di set pertama 21-14 dalam tempoh 19 minit permainan.

Bekas juara All England itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya media mengenai punca beliau tidak meneruskan permainan.

Pihak pengurusan Zii Jia menerusi laman X menyatakan, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan kerana keadaan badannya semakin merosot akibat mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD