KUMAMOTO, 16 November- Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk melangkah ke suku akhir kejohanan tidak kesampaian selepas tumpas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen.
Dalam saingan yang berlangsung di Gimnasium Kumamota itu, Tze Yong bermula garang apabila menang set pertama 22-20.
Bagaimana pun Tze Yong gagal mengulangi rentak di set pertama apabila tewas 11-21, sebelum tunduk pada set penentuan 18-21.
Terdahulu, Tze Yong mara ke saingan 16 akhir selepas mengatasi Wang Tzu Wei dari Taiwan 21-12, 21-11 manakala Axelsen mengetepikan wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-11, 21-7.
Dalam pada itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas pada aksi pusingan pertama Master Jepun