MIAMI, 24 November-Kelab MSL, Inter Miami semakin hampir melantik Javier Mescherano sebagai ketua jurulatih baharu kelab berkenaan memetik beberapa laporan pada Ahad.
Jawatan ketua jurulatih kelab berkenaan terbuka berikutan pengunduran pengendali sebelumnya,Gerardo "Tata" Martino kerana sebab-sebab peribadi.
Pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas dilaporkan berkata kepada pemberita Jumaat lalu bahawa kelab itu semakin hampir melantik pengganti Martino.
Mas turut dikatakan mengambil pandangan Messi dalam proses berkenaan.
"Leo berkngsi pandangannya dengan saya.
"Ini adalah sesuatu yang menarik bagi jawatan tersebut", katanya.
Mascherano, 40 merupakan bekas rakan sepasukan Messi ketika bermain untuk kelab Barcelona pada musim 2010 sehingga 2018.
Selain itu, Mescerano turut bermain bersama-sama Messi mewakili Argentina.
Terdahulu, Mescherano bertindak sebagai ketua jurulatih skuad bawah 20 dan 23 Argentina.
Dia turut berjaya membawa skuad Argentina mara ke suku akhir Olimpik 2024 di Paris sebelum tumpas kepada Perancis.-REUTERS