fb fb fb fb fb

Masalah rumput SNBJ selesai menjelang Kelayakan Piala Dunia

(FOTO RTM)


KUALA LUMPUR, 14 Oktober -
Isu rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil akan diatasi dan bakal pulih sepenuhnya menjelang Kelayakan Piala Dunia.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia
maklum keadaan padang di beberapa tompok bertentangan "grandstand" yang kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah dikawasan tersebut.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku. PSM telah menggunakan "grow light" bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu," menurut kenyataan itu.

PSM berkata, standard tempoh penyediaan secara rapi rumput padang seharusya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya, bagaimanapun pihak PSM hanya mempunyai tempoh 8 bulan.

"Keadaan hujan sepanjang minggu lepas juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu.

"Disebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM berpuashati dengan keupayaan sistem perparitan baharu dan kemajuan dalam padang tersebut," kata kenyataan itu lagi.

PSM optimis akan menggunakan sepenuhnya masa satu bulan akan datang memastikan persediaan lengkap padang menjelang Kelayakan Piala Dunia bagi Malaysia.


(FOTO RTM)

Media Baharu