SACHSENRING, 13 Julai – Peluma Ducati Marc Marquez menyambut perlumbaan ke-200 dalam dengan penuh bergaya apabila menjuarai MotoGP Jerman pada Ahad.
Kemenangan tersebut sekali gus melebarkan jurang mata dalam kedudukan kejuaraan dunia.
Pada perlumbaan itu, Marquez yang bermula dari petak utama mempamerkan dominasinya dengan meninggalkan pelumba lain.
Beliau menamatkan perlumbaan dengan kelebihan enam saat melengkapkan hujung minggu sempurna selepas turut memenangi Perlumbaan Sprint pada Sabtu.
Tempat kedua menjadi milik adiknya, Alex Marquez, manakala rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia melengkapkan podium di tempat ketiga.
Dengan kemenangan tersebut, Marc Marquez kini mengumpul tujuh kemenangan musim ini termasuk empat berturut-turut.
Beliau kini mendahului kedudukan pelumba dengan kelebihan 83 mata ke atas Alex.
Marquez kini dilihat semakin hampir merangkul gelaran dunia ketujuh, menyamai rekod legenda MotoGP, Valentino Rossi. -AFP