fb fb fb fb fb

Marek Hamsik umum bersara daripada arena bola sepak

ISTANBUL, 1 Jun- Pemain bola sepak profesional Slovakia, Marek Hamsik mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak profesional pada penghujung musim ini.

Hamsik kini bermain bersama kelab liga Turkiye, Trabzonspor sekali gus menjadikan kelab itu sebagai kelab terakhirnya.

Pemain berusia 35 tahun itu merekodkan pemain Slovakia yang berjaya mengutip minit permainan tertinggi iaitu dengan 136 penampilan selain menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa dengan 26 gol.

“Saya mahu mengumumkan penamatan karier saya menjelang penghujung musim ini,” katanya pada sidang media. "Ia bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi saya ingin bersama-sama dengan keluarga saya. Ini adalah satu perjalanan yang indah."

Hamsik bermula dengan Slovan Bratislava sebelum berpindah ke Itali pada 2004.

Selepas tiga musim bersama Brescia, Hamsik mencatatkan penampilan terbanyaknya bersama kelab Napoli, mencecah satu dekad sejak 2007 hingga 2019. dan membuat sebanyak 520 penampilan sepanjang 12 musim.

Dia menyertai Trabzonspor pada Jun 2021 dan merupakan salah seorang teraju utama kejayaan kelab Laut Hitam itu bagi musim lalu.

Musim ini, kelab itu menduduki tempat ke-6 dalam Super Liga dengan baki dua perlawanan.

Hamsik mengetuai Slovakia dan pernah membawa negaranya ke Pusingan 16 pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan Euro 2016 di Perancis.- AFP

(Foto instagram Marek Hamsik)

Media Baharu