fb fb fb fb fb

Inter Miami pecat Neville

facebook.com/InterMiamiCF

MIAMI, 2 Jun-Kelab bola sepak Inter Miami memecat jurulatih Inggeris, Phil Neville selepas mengalami kekalahan keempat berturut-turut menyebabkan kelab tersebut terperosok di tangga terbawah Konferensi Timur di Liga Utama bola sepak Amerika Syarikat (MSL) umum kelab terbabit pada Khamis.

Bekas pemain kelab Manchester United dan England itu diejek para penyokong kelab terbabit pada Rabu selepas kekalahan 1-0 kepada kelab New York Red Bulls.

Menurut pemilik kelab, Jorge Mas keputusan tersebut terpaksa di buat bagi menyelamatkan kelab bekenaan daripada terus dirundung kekalahan.

"Kami sentiasa mempunyai cita-cita besar dan kekadang kala ia melibatkan keputusan sukar, pemecatan Neville adalah antar keputusan sukar bagi kelab.

"Kami berterima kasih terhadap Pil kerana dedikasi terhadap kelab", katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, David Beckham yang juga pemilik bersama Inter Miami berkata, dia berasa sedih dengan keputusan yang terpaksa diambil bagi memecat Neville.

" Kadang kala dalam permainan, kita terpaksa mengambil keputusan paling sukar.

"Secara peribadi, saya mahu mengucapkan terima kasih atas kerja keras yang ditunjukkannya terhadap kelab dan integritinya", kata Beckham.

Pembantu Neville, Javier Morales dilantik sebagai pengurus sementara menggantikan Neville.-AFP


(Bekas Pengurus Inter Miami, Phil Neville/ FOTO facebook.com/InterMiamiCF)

Media Baharu