fb fb fb fb fb

Marc Marquez ungguli GP Belanda

Marc kini melebarkan jurang mata kejuaraan kepada 68 mata ke atas adiknya, Alex - Foto AFP

ASSEN, 29 Jun - Pelumba Ducati, Marc Marquez mempamerkan tunggangan berkelas dunia di litar yang digelar "Cathedral of Speed" apabila menjuarai Grand Prix Belanda, di sini pada Ahad.

Manakala adiknya yang juga pencabar terdekat, Alex Marquez, terpaksa menamatkan perlumbaan awal selepas terjatuh dan mengalami kecederaan tangan.

Ketika Assen meraikan ulang tahun ke-100 tahun perlumbaan motosikal, Marc mendahului seawal pusingan kedua dan menguasai keseluruhan pusingan hingga ke garisan penamat.

2906 MARC MARQUEZ CHAMP ASSEN 3Sasaran berikut Marc adalah mengatasi rekod Valentino Rossi, yang memiliki 89 kemenangan sepanjang kariernya - Foto AFP

Kemenangan itu, sekali gus melebarkan jurang mata kejuaraan kepada 68 mata ke atas Alex, dalam misinya memburu kejuaraan dunia ketujuh.

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala juara dua kali, Francesco Bagnaia (Ducati), meraih tempat ketiga.

Bagaimanapun, Bagnaia kini ketinggalan 126 mata di belakang rakan sepasukannya itu selepas 10 pusingan musim ini.

Marc, yang mengalami dua kemalangan hebat pada Jumaat, turut menyamai rekod legenda permotoran Giacomo Agostini dengan 68 kemenangan dalam kelas perdana.

Kini, sasaran berikut Marc adalah bekas seteru, Valentino Rossi, yang memiliki 89 kemenangan sepanjang kariernya. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK