fb fb fb fb fb

Manny Pacquiao kembali, mahu rebut kejuaraan dunia

Mahu rampas gelaran juara dunia

MANILA, 22 Mei - Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao mengesahkan beliau akan kembali beraksi pada usia 46 tahun untuk mencabar juara bertahan kategori welterweight, Mario Barrios.

Ia dibuat menerusi satu hantaran di media sosial miliknya sekali gus mengesahkan laporan awal bulan ini mengenai kembalinya beliau ke gelanggang.

“Saya kembali, mari cipta sejarah!” tulis Pacquiao.

Perkembangan terbaharu bekas juara dunia itu turut menerima sambutan luar biasa daripada peminat sukan tinju di seluruh dunia.

Pacquiao, satu-satunya petinju dalam sejarah yang memenangi 12 kejuaraan dunia dalam lapan kelas berat berbeza.

Menurut peraturan WBC, bekas juara dunia dibenarkan untuk memohon pertarungan kejuaraan sekiranya kembali daripada persaraan, membolehkannya layak mencabar Barrios walaupun sudah lebih tiga tahun tidak beraksi secara kompetitif.

Kali terakhir beliau beraksi adalah pada Ogos 2021 apabila tewas kepada Yordenis Ugas dari Cuba menerusi keputusan mata bagi gelaran WBA welterweight.

Setakat ini, rekod kerjaya Pacquiao ialah 62 kemenangan, lapan kekalahan dan dua seri, dengan 39 kemenangan melalui knockout.

Pertarungan dijangka berlangsung pada 19 Julai di MGM Grand, Las Vegasm, Amerika Syarikat. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN