fb fb fb fb fb

Grand Prix Monaco, Verstappen mahu kekal di podium

Yakin bakal duduki podium di Monaco

MONACO, 22 Mei - Juara bertahan empat kali, Max Verstappen semakin yakin bersama jentera dan pasukannya menjelang Grand Prix Monaco ke-71, hujung minggu ini.

Selepas menang bergaya di Imola minggu lalu, pelumba yang berasal dari Belanda itu mahu terus kekal berada di podium bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun, beliau tetap mengakui cabaran di litar Monaco yang berbeza dengan litar-litar lain.

Ia bukan sahaja kerana reka bentuk litar jalanan yang sempit dan mencabar, tetapi juga disebabkan perubahan peraturan Persekutuan Automobil Antarabangsa FIA yang mewajibkan strategi dua hentian.

Verstappen kini hanya dipisahkan 22 mata daripada pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri, dan sembilan mata di belakang rakan sepasukan Piastri, Lando Norris.

Selain Red Bull, Pelumba Mercedes, George Russell turut dijangka memberikan saingan minggu ini, berdasarkan prestasi kelayakan pasukan itu yang konsisten. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN