LONDON, 28 Oktober- Manchester United (MU) telah memecat pengurus Erik ten Hag susulan prestasi hambar awal musim ini.
MU kini berada di tangga ke-14 liga selepas mengalami kekalahan keempat dalam sembilan perlawanan liga kepada West Ham pada Ahad lalu, dengan hanya satu kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
Menurut kenyataan MU, ten Hag bukan lagi pengurus pasukan utama MU.
"Ten Hag yang dilantik pada April 2022, telah membawa kelab memenangi dua trofi domestik, iaitu Piala Carabao pada 2023 dan Piala FA pada 2024.
"Kami berterima kasih kepada ten Hag atas sumbangannya dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan,” menurut kenyataan tersebut.
Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih sebagai ketua jurulatih sementara, disokong oleh pasukan kejurulatihan sedia ada, sementara pencarian ketua jurulatih tetap dijalankan. - AFP