fb fb fb fb fb

ASTAF cadang perkenal ASL

Saingan ASL bakal disertai kelab Asia/Foto BERNAMA

Kuala Lumpur, 28 Oktober - Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bercadang memperkenalkan Liga Sepaktakraw Asia (ASL) pada masa hadapan, sebagai usaha memartabatkan lagi sukan itu.

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata ASL, mengguna pakai format mengetengahkan saingan antara kelab-kelab dalam negara Asia, dengan sasaran dilaksana untuk tempoh panjang.

“ASL, satu penjenamaan baharu dan ia ada dalam pemikiran kami (bersama Persatuan Sepaktakraw Malaysia-PSM). Kita sedang meneliti sedalamnya bagaimana ia dapat dikembangkan secara teratur mungkin untuk tempoh lapan hingga 10 tahun.

“Siri Super Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berjalan selama lima tahun dengan berjaya, kemudian diikuti Liga Sepaktakraw (STL), tapi untuk tentukan sepak takraw terus berjalan kita perlu lakukan penjenamaan,” katanya dalam sidang media ASTAF dan PSM di ibu negara.

Beliau berkata sekiranya usaha itu berhasil, pihaknya sedia untuk memperluaskan liga itu di negara serantau lain. - BERNAMA

Trainee