fb fb fb fb fb

Manchaster United menang 4-0 ke atas Liverpool

BANGKOK, 13 Julai- Manchester United menang bergaya 4-0 ke atas musuh tradisi, Liverpool pada aksi pramusim yang berlangsung di Stadium Rajamangala, malam tadi.

Barisan terbaik yang diturunkan Erik Ten Hag dilihat mendominasi aksi babak pertama dengan tiga jaringan tanpa balas oleh Jadon Sancho, Frederico Rodrigues dan Anthony Martial.

Memasuki separuh masa kedua, anak buah Juergen Klopp dilihat cuba mengejar dengan beberapa percubaan tepat ke pintu gol The Red Devils, namun dinafikan kecekapan penjaga gawang David de Gea.

Berbaki 30 minit masa perlawanan, serangan balas pantas Manchester United nyata memerangkap pertahanan Liverpool dengan disudahkan Facundo Pellistri untuk kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat.

Bercakap pada sidang media selepas perlawanan, pengendali Liverpool Juergen Kloop berkata keputusan perlawanan malam tadi tidak boleh diambil ringan pasukannya.

"Apabila anda kalah 4-0 dan bercakap tentang perlawanan tanpa bercakap tentang keputusan, kami ada banyak perkara yang baik untuk dibincangkan dalam pasukan.

Tetapi jika kami melakukannya seperti yang sepatutnya iaitu tidak melupakan keputusan tersebut, maka kami perlu mempertimbangkan bahawa kami tewas 4-0 dan lebih banyak perkara tidak berjalan dengan baik kerana kami melakukan beberapa kesilapan, itu perkara biasa dan kami perlu menerima akibatnya dan itulah yang kami lakukan malam ini," katanya.

(Juergen Kloop, Pengurus Liverpool)

Bagi Ten Hag, ia petunjuk positif sebelum Liga Perdana Inggeris membuka tirainya, awal bulan depan.

Beliau jelas berpuas hati dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya seawal sepak mula.

Ujarnya lagi, barisan kejurulatihan akan terus berkerja keras bagi mengekalkan momentum kemenangan seterusnya membina semula reputasi Manchester United sebagai salah sebuah pasukan yang digeruni di Eropah.

Media Baharu