fb fb fb fb fb

Man United dapatkan Benjamin Sesko dari RB Leipzig

Benjamin Sesko / FOTO AFP

LONDON, 8 Ogos – Media Britain pada Khamis melaporkan Manchester United telah mendapatkan khidmat penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko.

Kelab itu dilaporkan menawarkan pakej bernilai sekitar 74 juta pound untuk pemain antarabangsa Slovenia berusia 22 tahun itu.

Sesko yang mempunyai ketinggian 1.96 meter sering dibandingkan dengan bintang Manchester City, Erling Haaland.

Perbandingan tersebut turut dipengaruhi oleh persamaan laluan karier, apabila kedua-duanya pernah beraksi bersama Red Bull Salzburg sebelum mencuba nasib di Bundesliga,Haaland bersama Borussia Dortmund, manakala Sesko di RB Leipzig.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE