fb fb fb fb fb

Malaysia tuan rumah persidangan pembangunan ragbi dunia, perkenalkan ragbi T1

Foto BERNAMA

 PETALING JAYA, 25 Oktober-Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menganjurkan Persidangan Pembangunan Ragbi Dunia 2024 dengan matlamat mempromosikan sukan ragbi ke seluruh Asia melalui pengenalan versi baharu, ragbi T1, yang diperkenalkan sejak semalam.

Pengarah Penyertaan Ragbi Dunia Jason Lewis berkata ragbi T1 merupakan versi baharu sukan berkenaan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal tetapi tetap mengekalkan elemen-elemen teras seperti scrum, line out dan tendangan.

“Tidak semua orang berminat untuk bermain ragbi, terutamanya di Asia. Saya berpendapat mungkin terdapat permintaan bagi mereka yang ingin bermain dalam format tanpa sentuhan.

“Justeru, kami telah mengeluarkan elemen terjahan fizikal daripada permainan ini dan melarang sebarang bentuk sentuhan sambil mengekalkan elemen permainan yang sama seperti ragbi konvensional,” katanya.

Sementara itu, Perunding Pembangunan Ragbi Asia Mahfizul Islam menjelaskan bahawa ragbi T1 adalah penting dalam memberi pendedahan kepada mereka yang berminat terutamanya bagi mereka yang menganggap sukan ragbi berbahaya.- BERNAMA

Trainee