fb fb fb fb fb

Malaysia tempat ketujuh Kejohanan Estetik Gimnastik Dunia 2022

(Majlis penyampaian hadiah dan majlis Penutupan Kejohanan Estetik Gimnastik
(AGG) Dunia 2022) 

SHAH ALAM, 31 Oktober- Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia (MAGGA) akan melakukan beberapa penambahbaikan pasukan kebangsaan untuk bertanding dalam kejohanan dunia akan datang.

Pengerusinya, Datuk Abdul Malek Md Noor berkata sukan berkenaan masih baharu di negara ini dan pasukan negara hanya kekurangan beberapa faktor untuk bersaing dengan negara lain.

"Kita dapat apa yang kita idam-idamkan, kita impikan telah berakhir hari ini. Malaysian dapat dua emas daripada AGG jadi maklumlah kita ini baharu tetapi saya yakin pada tahun depan kita akan berjaya.

"Sikit tinggal kena tambah baik kita punya busana, estetik," kata Abdul Malek selepas majlis penyampaian hadiah dan majlis Penutupan Kejohanan Estetik Gimnastik (AGG) Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Melawati, di sini.

(Datuk Abdul Malek berkata Malaysia tempat ketujuh Kejohanan Estetik Gimnastik Dunia 2022)

Edisi tahun ini kelab Expressia daripada RFAG berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan, manakala tempat kedua menjadi milik kelab Madonna dan tempat ketiga kelab Kerbez dari Kazakhstan.

Pasukan negara daripads kelab REA berada di kedudukan ketujuh keseluruhan.

Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini termasuk dari Amerika Syarikat, Kazakhstan, Indonesia, Jepun, Singapura dan Australia.

Media Baharu