fb fb fb fb fb

Malaysia naib juara kumpulan B, jumpa Vietnam di separuh akhir

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Malaysia muncul naib juara kumpulan B selepas tunduk kepada Laos 0-1 pada aksi terakhir petang tadi.

Keputusan itu membolehkan Laos mengumpul 12 mata untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan manakala skuad Harimau Muda, kendalian Hassan Sazali Mohd Waras, mengutip tujuh mata dan terpaksa berpuas hati melangkah ke pusingan kalah mati sebagai naib juara.

Skuad ini bakal bertemu juara Kumpulan A, Vietnam di peringkat separuh akhir, Rabu ini.

Skuad negara turun dengan misi memburu kemenangan bagi melangkah ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan.


(Foto FB FAM)

Bagaimanapun, mereka yang bergelut ketika menewaskan Timor Leste 4-3 sebelum ini, sekali lagi gagal menunjukkan aksi yang menyakinkan.

Sebaliknya, Laos yang berjaya menguasai permainan dan mendapat gol kemenangan menerusi jaringan penalti pada minit ke-68.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati sebagai naib juara dengan 7 mata.

Manakala Laos pula yang muncul juara kumpulan dengan 12 mata, akan berdepan Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir. 

Sebagai rekod, skuad B-19 kebangsaan mempunyai rekod baik dalam tiga edisi terakhir kejohanan itu apabila menjuarai edisi 2018 dan muncul naib juara edisi 2017 dan 2019.

Media Baharu