KUALA LUMPUR, 21 Mei - Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, meneruskan dominasi mereka selepas kejayaan di Terbuka Thailand minggu lalu, apabila mara ke pusingan seterusnya Malaysia Masters 2025 yang berlangsung hari ini.
Gandingan pilihan ketiga itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying, dalam masa hanya 37 minit. Mereka menang straight set 21-17, 21-16 dengan corak permainan agresif dan penguasaan gelanggang yang kemas.
Pearly mengakui mereka bermula sedikit perlahan, namun berjaya memperbaiki rentak selepas 11 mata pertama. “Kami dapat gunakan gelanggang dengan lebih baik dan keluarkan corak permainan kami. Harap dapat kekalkan konsistensi untuk esok,” ujarnya kepada media.
Esok, Pearly-Thinaah dijadual berdepan cabaran daripada pasangan Thailand, P. Phatcharaphisutsin dan N. Sukklad dalam usaha mengekalkan momentum dan mara lebih jauh dalam kejohanan berprestij ini