(Foto Arena Seladang)
IPOH, 6 November- Malaysia berjaya mencatat kemenangan pertama setelah menumpaskan Mesir 4-1, malam tadi pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29.
Misi memburu tiga mata pertama dicapai menerusi permainan pantas pada awal saingan.
Asakan berterusan skuad negara membuahkan hasil apabila Shello Silverius memulakan pesta gol Malaysia menerusi jaringan padang pada minit ke-11.
Mahmoud Mamdouh, kemudian memadam kelebihan gol Malaysia menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-27 hasil pukulan sudut penalti.
Gol kedua skuad Speedy Tigers muncul pada minit ke-41 menerusi jaringan Muhammad Firhan Ashaari.
Skuad negara terus menambah derita Mesir menerusi gol kedua dan ketiga dijaringkan Amirul Azhar pada minit ke-49 dan Shello Silverius berselang dua minit kemudian.
Tamat perlawanan, Malaysia 4 Mesir 1.
Terdahulu dalam perlawanan pada sebelah petang, Korea Selatan menewaskan Pakistan 2-1 manakala Jepun menundukkan Afrika Selatan 4-2.
(Malaysia catat kemenangan pertama benam Mesir 4-1/Arena Seladang)